Wednesday, March 29, 2023

[1385.23] KAPASITI SEBAGAI AMICUS CURIAE ATAU RAKAN KEPADA MAHKAMAH


Meminjam obiter Yang Arif Hakim di dalam kes TAI CHOI YU v IAN CHIN HON CHONG [2002] 5 MLJ 518, Mahkamah Tinggi menyifatkan kapasiti sebagai ‘amicus curiae’ ini ditafsirkan sebagai rakan mahkamah, iaitu seseorang yang secara sukarela atau atas jemputan mahkamah sendiri, dan bukan atas arahan mana-mana pihak yang mana pihak ini akan bertindak / berfungsi untuk membantu Mahkamah dalam apa-apa prosiding kehakiman, khususnya demi mencapai keadilan yang saksama.
Sebagai contoh, di dalam salah satu kes Dato’ Seri Najib, Badan Peguam telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk menjadi amicus curiae bagi membantu Mahkamah dalam memberikan pandangan dan maklumbalas yang material dan diperlukan Mahkamah. Walaupun pada asalnya Badan Peguam bukanlah pihak-pihak kepada kes tersebut, namun atas kapasiti sebagai amicus curiae atau dipanggil juga sebagai rakan Mahkamah, maka Badan Peguam adalah dibenarkan untuk membantu Mahkamah demi mencapai keputusan yang adil.
OLEH : NUR FARIHAH SYAHRIZA , PELATIH DALAM KAMAR



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►