Wednesday, March 29, 2023

[1386.23] ADAKAH INDIVIDU YANG BISU BOLEH MENJADI SAKSI


Orang yang bisu boleh memberi keterangan di dalam Mahkamah dalam apa cara yang boleh difahami seperti secara bertulis, tanda atau bahasa isyarat. SEKSYEN 119 AKTA KETERANGAN 1950 memperuntukkan seperti berikut:-
119. Saksi bisu.
(1) Seseorang saksi yang tidak dapat bercakap boleh memberikan keterangannya mengikut apa-apa cara lain yang menjadikannya boleh difahami, seperti, misalnya, dengan tulisan atau isyarat; tetapi tulisan itu mestilah ditulis dan isyarat itu dibuat di dalam mahkamah terbuka.
(2) Keterangan yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai keterangan lisan.
Undang-undang ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang pekak dan/atau tidak boleh bercakap merupakan saksi yang kompeten dan keterangan yang diberikan olehnya boleh diterima. Jika beliau boleh memahami soalan-soalan yang dikemukakan dan mampu memberikan jawapan yang rasional dan keterangannya menjelaskan apa yang hendak disampaikan dan difahami oleh orang lain.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►