Tuesday, March 28, 2023

[1384.23]UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENGHAKIMAN PERSETUJUAN


Undang-undang berkaitan penghakiman persetujuan adalah mantap. Suatu perintah persetujuan boleh ditafsirkan sebagai satu kontrak. Maka, ika diaplikasikan, prinsip-prinsip yang terpakai dengan kesahan sesuatu kontrak juga adalah terpakai kepada perintah persetujuan seperti yang telah diputuskan di dalam kes Malaysia Discounts Bhd and Ors v Pesaka Astana (M) Sdn Bhd & Ors [2008] MLJU 407.
Kes yang didengar oleh Mahkamah Rayuan, Lagenda Kencana Sdn Bhd v Peter' s Holdings Sdn Bhd & Anor [2012] 4 MLJ 855 telah memutuskan bahawa perintah persetujuan ialah perintah mahkamah yang melaksanakan perjanjian antara pihak-pihak. Namun, turut dibincangkan adalah perintah persetujuan boleh diketepikan atas alasan yang sama seperti yang menyebabkan perjanjian (contract) boleh diketepikan yang mana telah dibincangkan di dalam kes Huddersfield Banking Co Ltd lwn Henry Lister & Son Ltd [1895] 2 Ch 273, di ms 283).
Namun, di dalam, kes Khaw Poh Chhuan lwn Ng Gaik Peng & Ors [1996] 1 MLJ 761, Mahkamah telah memutuskan bahawa syarat asas pertama kontrak adalah pihak-pihak sepatutnya mencapai perjanjian yang akan melibatkan tawaran dan penerimaan tawaran maka, perlu wujud konsensus antara pihak-pihak untuk suatu perintah persetujuan direkodkan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►