Tuesday, March 28, 2023

[1379.23] JENIS KESALAHAN DAN PERUNTUKAN JAMINAN


Tujuan memberikan jaminan bukanlah bersifat hukuman / ‘not punitive in nature’ apatah lagi untuk menghukum OKT dengan meletakkan jumlah jaminan yang terlampau tinggi.
Tujuan jaminan diberikan hanyalah untuk menjamin kehadiran OKT pada hari perbicaraan di Mahkamah sahaja. Namun begitu, Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) tidak membenarkan sebarang kesalahan atau jenayah untuk diberikan hak jaminan. Bermakna bukan semua OKT boleh dijamin atau dilepaskan tanpa dibebaskan. Terdapat beberapa syarat dan jenis kesalahan yang tertentu sahaja yang dibolehkan untuk jaminan.
Pertama adalah bagi jenis kesalahan yang dibenarkan jaminan / ‘bailable offences’ di bawah Seksyen 387 KTJ. Contoh bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut boleh dilihat di Jadual Pertama / First Schedule KTJ, yang mana kesalahan tersebut jika dihukum, hukumannya adalah penjara tidak kurang 3 tahun ataupun dihukum dengan denda.
Kedua, adalah bagi jenis kesalahan yang tidak dibenarkan jaminan / ‘non bailable offences’ TETAPI jaminan boleh dipohon dan diberikan tertakluk hanya kepada kuasa budi bicara Mahkamah di bawah Seksyen 388 KTJ, yang mana selalunya bagi kesalahan yang jika dihukum, hukumannya adalah penjara melebihi 3 tahun ataupun hukuman mati.
Ketiga, adalah jenis kesalahan yang langsung tidak dibenarkan jaminan dan Mahkamah juga tiada budi bicara untuk membenarkan sebarang permohonan jaminan / ‘unbailable offences’ seperti bagi kesalahan di bawah Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
AUTHOR : NUR FARIHAH SYAHRIZA, PELATIH DALAM KAMAR.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►