Tuesday, March 28, 2023

[1378.23] PEMERIKSAAN TUBUH BADAN OLEH PIHAK POLIS


Seksyen 17 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa sesiapa sahaja yang ditemui / berada dalam mana-mana kawasan yang digeledah dengan waran boleh ditahan sehingga siasatan selesai. Kedua, jika terdapat kemungkinan bahawa apa-apa bukti yang sedang dicari / dikehendaki oleh pihak polis tersebut disorok oleh mana-mana individu yang ditahan, peruntukan ini juga membenarkan pemeriksaaan tubuh badan dilakukan kepada individu itu tadi.
Persoalannya, adakah mana-mana sahaja polis boleh membuat pemeriksaan tubuh badan? Jawapannya, ya. Tetapi, dengan syarat bahawa semasa pemeriksaan tubuh badan dilakukan, ianya perlulah dibuat di hadapan / dengan kehadiran Majistret ataupun pegawai polis yang tidak kurang daripada pangkat Inspektor.
Bagaimana pula jika yang ditahan adalah seorang wanita? Seksyen 19(2) KTJ memperuntukkan juga bahawa mana-mana wanita hanya boleh dilakukan pemeriksaan tubuh badan oleh pegawai polis wanita sahaja, yang mana perhatian penuh perlu diberi kepada kehormatan wanita yang diperiksa tersebut.
AUTHOR : NUR FARIHAH SYAHRIZA, PELATIH DALAM KAMAR.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►