Tuesday, December 13, 2022

[1337.22] PANGGIL SEMULA SAKSI YANG TELAH MEMBERI KETERANGAN


Mahkamah mempunyai budi bicara yang absolut untuk memanggil semula saksi atau memanggil saksi after kes pendakwaan telah ditutup untuk memperbetulkan peninggalan di dalam keterangan kes pendakwaan. Walaubagaimanapun Mahkamah atau parti-parti kepada kes tidak boleh memanggil semula saksi jika pihak pembelaan telah menutup kes pembelaan.
Terdapat juga peruntukan di mana pemanggilan semula saksi adalah dibenarkan. Antaranya jika ada pindaan terhadap pertuduhan
Merujuk kepada SEKSYEN 173 (J) KANUN PROSEDUR JENAYAH:-
(i) Jika tertuduh mengaku salah atas pertuduhan sebagaimana yang dipinda, pengakuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan di atasnya dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang:
(iii) Apabila tertuduh dipanggil untuk memasukkan pembelaannya, dia bolehlah mengemukakan bukti dan hendaklah dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa-balas mana-mana saksi yang hadir di Mahkamah atau di sekitarnya:
Juga dilihat SEKSYEN 162 KANUN PROSEDUR JENAYAH:-
162. Memanggil semula saksi apabila pertuduhan itu diubah.
Apabila suatu pertuduhan telah diubah atau ditambah oleh Mahkamah selepas permulaan perbicaraan itu maka pendakwa tertuduh hendaklah dibenarkan dipanggil semula atau menyaman semula dan memeriksa, berkaitan dengan tuduhan yang diubah "ditambah itu, mana-mana saksi yang mungkin telah diperiksa, boleh juga memanggil apa-apa keterangan yang lebih lanjut lagi yang boleh dijadikan bahan bukti.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►