Tuesday, December 13, 2022

[1338.22] CONTOH KESALAHAN MENYEBABKAN KECEDERAAN KEPADA ORANG LAIN DENGAN MENGGUNAKAN SENJATA DAN LAIN-LAIN DI BAWAH SEKSYEN 326 KANUN KESEKSAAN


Contoh pertuduhan yang boleh dikenakan ke atas seseorang individu / tertuduh bagi kesalahan di atas adalah seperti berikut:
"Bahawa kamu pada xx Januari xxxx jam lebih kurang 11.30 malam bertempat di Hadapan Kedai Laku Laris No X Jalan X 00000 Negeri Amanjaya dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah ke atas Sabariah dengan menggunakan sebilah parang dan botol kaca. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 326 Kanun Keseksaan."
Jika seseorang tersebut dituduh di Mahkamah dengan pertuduhan dia atas, maka perlu dibuktikan terhadap orang tersebut (1) sama ada Sabariah telah mengalami kecederaan parah, (2) sama ada kecederaan parah tersebut akibat daripada tertuduh dan (3) sama ada kecederaan parah tersebut hasil daripada mana-mana alat yang digunakan sebagai senjata yang mungkin boleh menyebabkan kematian.
Hukuman yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 326 KK adalah pemenjaraan sehingga tempoh 20 tahun dan denda atau sebatan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►