Tuesday, December 13, 2022

[1339.22] PENGAKUAN SALAH


Pertama, pengakuan salah dibuat oleh tertuduh sendiri. Prinsip am menyatakan pengakuan salah atau memohon perbicaraan mestilah dibuat oleh tertuduh sendiri dan bukannya melalui peguambela nya. Hal ini kerana tertuduh yang akan menderita akibat daripada hukuman tersebut.
Pengakuan salah juga boleh dibuat melalui peguambela, Walaubagaimanapun ianya tidak digalakkan. Merujuk kepada kes CHAN BAN KEAT V R [1949] MLJ 297 dimana Mahkamah memutuskan:-
“Duty of the court to satisfy that the accused understands the consequences of his plea and intends to admit the offence, and if the court is satisfied on these points, it is immaterial whether the plea is made by the accused or by his counsel on his behalf”
Pengakuan salah melalui surat. Ini adalah bagi kesalahan dimana hukumannya adalah denda sahaja dan pemenjaraan tidak melebihi daripada 3 bulan. Contohnya, kesalahan saman trafik. Merujuk kepada SEKSYEN 137 (2) (3) KANUN PROSEDUR JENAYAH. Tetapi, jika Mahkamah ingin menjatuhkan hukuman pemenjaraan tanpa pilihan denda, tertuduh perlu hadir di Mahkamah sepertimana SEKSYEN 137 (5) KANUN PROSEDUR JENAYAH:-
137. Tertuduh tidak perlu hadir sendiri.
(5) Hukuman penjara tanpa pilihan denda tidak boleh diumumkan pada masa orang yang dituduh itu tidak hadir tetapi jika Majistret itu hendak menjatuhkan hukuman yang seumpama itu, hendaklah ia mengarah dan menguatkuasakan tertuduh itu hadir mengikut subseksyen (4), dan apabila ia hadir, maka tertakluk kepada subseksyen (6), bolehlah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►