Tuesday, December 13, 2022

[1336.22] FAKTA YANG BOLEH DIBANGKITKAN OLEH ISTERI / SUAMI YANG BEKERJA SEBAGAI SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA DALAM MENUNTUT BAHAGIAN BAGI TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN


Amnya, dalam menentukan kadar bahagian suami atau isteri di dalam tuntutan harta sepencarian adalah lazimnya bukanlah berbentuk muktamad (definitive) memandangkan terdapat satu faktor utama yang perlu diambilkira iaitu berapakah kadar yang patut diberikan kepada pihak yang bekerja sebagai suri rumah tangga sepenuh masa dan tidak mempunyai pendapatan tetap?
Mahkamah Syariah khususnya, akan mempertimbangkan usaha untuk mendapatkan harta-harta tersebut telah memberi sumbangan secara tak langsung / langsung. Mana-mana pihak sekiranya bekerja sebagai suri rumah menguruskan rumahtangga seperti mendidik anak dan menguruskan makan minum dan anak-anak untuk mendapatkan aset. Khidmat dan kerja dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Faktor suami / isteri telah membuat sumbangan yang cukup besar iaitu menguruskan rumahtangga sehingga pihak isteri / suami boleh bekerja dengan tenang dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan. Faktor isteri / suami memberikan sumbangan secara tidak langsung seperti mendidik anak-anak mahupun menyediakan segala kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenteram.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►