Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan. Namun, perlulah diketahui bahawa bukan semua individu LAYAK memberi hibah yang mana terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi jika seseorang itu berniat memberi hibah.
Syaratnya adalah individu tersebut mempunyai milikan penuh dan sah ke atas harta yang hendak dihibahkan, waras, telah mencapai usia baligh, layak dalam menguruskan harta tersebut dan hibah yang hendak dilakukan adalah dengan cara sukarela. Bagi penerima hibah, juga terdapat syarat yang telah digariskan yang mana seseorang penerima tersebut perlulah seorang yang berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf. Bagi kanak-kanak, penjaga atau pemegang amanah perlulah dilantik, penerima hibah mestilah wujud ketika hibah dibuat dan boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).
Bagi harta hibah pula, harta yang hendak dihibahkan tersebut mestilah harta yang sah disisi syarak, harta tersebut mestilah wujud, harta yang mempunyai nilai dan mestilah di dalam milikan sah pemberi hibah.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..