Friday, September 9, 2022

[1274.22] BIDANGKUASA REMEDI, GANTI RUGI DAN PAMPASAN OLEH MAHKAMAH PERUSAHAAN BAGI KES DITAMATKAN KONTRAK PERKHIDMATAN TANPA SEBAB DAN ALASAN YANG ADIL

 
Antara tuntutan yang lazim difailkan oleh pekerja dan Pihak yang Menuntut adalah tuntutan terhadap penamatan dan/atau pemecatan perkhidmatan dan/atau kontrak tanpa dikemukakan kepadanya alasan yang munasabah oleh majikan dan/atau Responden.
Pendirian Mahkamah bagi tuntutan sebegini adalah Mahkamah Perusahaan dalam memutuskan relif yang wajar adil, bidangkuasa dalah terhad kepada beberapa remedi iaitu melibakan remedi bayaran gaji ke-belakang (backwages), pemulihan kembali ke jawatan asal (reinstatement in his former employment), dan/atau ganti rugi gantian pemulihan ke jawatan asal (compensation in lieu of reinstatement). Jika pemulihan kembali ke jawatan asal tidak bersesuaian, di samping mengambil kira potongan munasabah yang akan dibuat dalam pendapatan selepas pemberhentian (post dismissal earning) dan sumbangan salah laku (contributory misconduct) dalam sesuatu kes seperti mana bidangkuasa yang terkandung dalam Jadual Kedua, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Arahan Amalan No 3 Tahun 2019 tersebut.
Maka, mana-mana tuntutan remedi lain yang dituntut oleh Penuntut di luar bidangkuasa Mahkamah Perusahaan adalah tidak dibenarkan dan akan ditolak, namun, tuntutan-tuntutan remedi yang lainnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961

 

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►