Friday, September 9, 2022

[1273.22] PEMECATAN PEKERJA KERANA SALAH LAKU


Seksyen 14 Akta Kerja 1955 memperuntukkan sepertimana berikut: “Seseorang majikan bolehlah, atas alasan-alasan salah laku yang berlawanan dengan pematuhan syarat-syarat perkhidmatan yang nyata atau tersirat, selepas siasatan yang sepatutnya: (a) Memecat pekerja tanpa notis; (b) Menurun pangkat pekerja; atau (c) Mengenakan apa-apa hukuman ringan lain sebagaimana yang disifatkannya adil dan patut, dan jika hukuman penggantungan tanpa gaji dikenakan, ia tidak boleh melebihi suatu tempoh dua minggu.”
Sebelum menjalankan siasatan, biasanya terdapat siasatan domestik. Jika majikan ingin menggantung pekerja daripada bekerja atas apa-apa sebab dia boleh berbuat demikian sehingga maksimum dua minggu. Semasa tempoh penggantungan pekerja berhak mendapat separuh daripada gajinya. Walau bagaimanapun jika dia didapati tidak bersalah atas sebarang salah laku, baki separuh gaji mesti dibayar balik.
Peraturan-peraturan ini bagi mengawal kelakuan peribadi pekerja di luar waktu kerja. Contohnya penyalahgunaan dadah, tingkah laku yang tidak bermoral atau menyalahi undang-undang. Sebarang pelanggaran peraturan-peraturan akan menjadi salah laku. Mahkamah Perusahaan menyatakan bahawa pada mulanya majikan perlu menentukan sama ada pekerja telah melakukan salah laku atau tidak. Walau bagaimanapun, majikan mesti bertindak secara adil dan munasabah selepas penyiasatan yang wajar telah dilakukan sepertimana kes W Weddel & co Ltd v Tepper [1980] IRLR 76 Mahkamah menyatakan bahawa majikan yang mengesyaki pekerja melakukan salah laku yang mewajarkan pemecatan harus mempunyai alasan yang munasabah dan juga bertindak secara munasabah dalam semua keadaan, dengan mengambil kira ekuiti dan merit besar kes itu. Mereka tidak mengambil kira ekuiti khususnya jika mereka tidak memberikan peluang kepada pekerja untuk menjelaskan perkara tersebut sebelum memecat pekerja itu.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►