Friday, September 2, 2022

[1264.22] PENGECUALIAN YANG MEMBOLEHKAN KETERANGAN DENGAR CAKAP (HEARSAY) DITERIMA OLEH MAHKAMAH


Umum mengetahui general rule bagi keterangan dengar cakap (hearsay) untuk dikemukakan tidak akan diterima Mahkamah. Namun, terdapat beberapa pengecualian (exemption) kepada general rule tersebut.
Antara pengecualian yang membolehkan kepada keterangan dengar cakap diterima masuk oleh Mahkamah adalah dengan merujuk kepada Seksyen 32 Akta Keterangan, tetapi terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu keterangan dengar cakap tersebut diterima masuk dan dipertimbangkan oleh Mahkamah iaitu pertama sekali, pihak yang ingin menggunapakai Seksyen 32 harus membuktikan bahawa kenyataan berkenaan dibuat oleh individu yang telah mati atau tidak dapat dijumpai.
Selain itu, alternatif lain bagi membolehkan keterangan dengar cakap tersebut diterima masuk adalah membuktikan bahawa iondividu yang membuat kenyataan tersebut telah menjadi tidak berdaya untuk memberi keterangan di Mahkamah, atau kehadirannya adalah sukar dan memerlukan kepada kos yang besar yang mana Mahkamah berpandangan tidak munasabah.
Walaupun demikian, perkara paling utama yang perlu diambil kira adalah isu kerelevenan sesuatu kenyataan atau fakta tersebut untuk dikemukakan di Mahkamah, bagi memenuhi salah satu perenggan dalam Seksyen 32(1)(a)hingga (j).


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►