Friday, September 2, 2022

[1263.22] CONTOH TINDAK/TANDUK TERTUDUH BAGI KES PENGEDARAN DADAH YANG DIAMBILKIRA OLEH MAHKAMAH DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN


Mahkamah berpandangan bahawa reaksi Tertuduh semasa kejadian ditangkap/digeledah akan dipertimbangkan, sama ada Tertuduh bertindak menurut sahaja arahan polis tanpa cuba melawan atau melarikan diri semasa proses dikepung/disiasat/diperiksa oleh pasukan polis.
Mahkamah juga mengambilkira bahawa ketika itu sama ada wujud keadaan keluarga terdekat seperti ibu, bapa dan anak yang berkemungkinan berada di tempat kejadian (jika ada). Sebarang reaksi Tertuduh sama ada terdapat usaha untuk melarikan diri atau memberi reaksi secara konfrantasi, bagi pandangan Mahkamah tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Tertuduh. Hal ini seterusnya akan memaksa Tertuduh untuk memberikan kerjasama dan tidak bertindak sebaliknya.
Seterusnya, jika wujud situasi bahawa keberadaan dadah tidak diketahui, maka, Mahkamah berpandangan situasi tersebut perlu kepada polis untuk melaksanakan penggeledahan di tempat kejadian. Maka, berdasarkan kepada keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan sebelum in, keadaan tersebut adalah memadai untuk Mahkamah membuat inferens bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan.



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►