Friday, September 2, 2022

[1262.22] MATLAMAT PERUNDANGAN DAN PARLIMEN BERKAITAN PINDAAN AKAN SEKSYEN 39B(2A) DI DALAM AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


Matlamat perundangan dan Parlimen berkaitan pindaan akan Seksyen 39B(2A) Akta Dadah Berbahaya 1952, telah turut dibincangkan di dalam parlimen berkaitan tujuan pindaan memasukkan Seksyen 39B(2A) tersebut. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said di Parlimen, semasa membentangkan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 (Halaman 34), merujuk kepada Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga, telah membentangkan berkaitan keadaan (d) di bawah Seksyen 39B(2A) tersebut.
Dihujahkan bahawa terletaknya perkataan ‘and’ di akhir fasal (2A)(c) bermaksud Mahkamah hendaklah mengambil fasal (2A)(d) secara bersama atau conjunctive dengan salah satu daripada (2A)(a), (b) atau (c) atau mana-mana kombinasi daripada ketiga-tiganya. Dalam kata lain, pertimbangan terhadap fasal (2A)(d) adalah wajib dalam setiap kes di mana mahkamah membuat pertimbangan sama ada hendak menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan.
Pertimbangan wajib ke atas Seksyen 39B(2A)(d) dan matlamat Parlimen untuk memberi kuasa budi bicara kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman alternatif seperti penjara dan sebatan dengan menghujahkan bahawa kedudukan tersebut adalah selari dengan niat di sebalik rang undang-undang pindaan ini yang ingin memperkasakan agensi penguatkuasaan dalam memerangi pengedaran dadah di samping memberikan kuasa budi bicara kepada Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati mandatori.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►