Friday, July 22, 2022

[1206.22] KAUSA TINDAKAN BAGI PELANGGARAN KONTRAK (BREACH OF CONTRACT)


Pelanggaran kontrak boleh menjadi suatu kausa tindakan dalam sesebuah kes. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dibuktikan terlebih dahulu iaitu:-
1. Terdapatnya pembentukan kontrak di mana terdapat kontrak yang sah antara pihak-pihak.
2. Seterusnya, pelaksanaan kontrak yang mana salah satu pihak telah melaksanakan tanggungjawabnya.
3. Seterusnya, pelanggaran kontrak telah dilakukan oleh suatu pihak.
4. Yang terakhir, terdapat "damages" akibat pelanggaran kontrak tersebut.
Apabila semua elemen telah dipenuhi, adalah adil untuk menyatakan bahawa kausa tindakan suatu pihak itu telah dipenuhi, dan pihak tersebut boleh mengambil tindakan sivil bagi kes pelanggaran kontrak ini. Sebaliknya, jika fakta membuktikan bahawa mana-mana satu elemen tidak dipenuhi, kausa tindakan adalah tidak berasas, dan ia adalah tindakan yang tidak seharusnya diambil/difailkan untuk membawa kes di hadapan hakim seolah-olah kes difailkan tanpa sebab-sebab yang sah, defendan boleh memohon kepada mahkamah untuk suatu permohonan "striking out". Mahkamah akan membatalkan Penyata Tuntutan mengikut Perintah 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Walaupun semua elemen telah dipenuhi, perkara seterusnya yang perlu diambil kira ialah had masa (limitation period) bagi sesuatu kausa tindakan itu. Di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953, dalam kes-kes yang berkait dengan pelanggaran kontrak, tindakan perlu diambil dalam tempoh 6 tahun dan selalunya dikira bermula dari tarikh berlakunya pelanggaran kontrak tersebut.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►