Friday, July 22, 2022

[1207.22] MENGGANGGU RUMAH TANGGA ORANG LAIN MEMBOLEHKAN ANDA DIDAKWA DI MAHKAMAH SYARIAH?


Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 telah menyatakan dengan jelas berkaitan kesalahan yang diberi deskripsi sebagai mengganggu rumah tangga orang lain iaitu ia menjadi suatu kesalahan apabila mana-mana orang didapati mengganggu rumah tangga orang lain dengan melalui apa-apa cara.
Kesalahan mengganggu rumah tangga orang lain ini adalah dengan cara mempengaruhi orang tersebut supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada, yang mana jika disabitkan di Mahkamah Syariah, orang kena tuduh (OKT) tersebut boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mahkamah Syariah juga boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.
Mana-mana pihak yang terkesan atau terlibat bolehlah memfailkan aduan di Mahkamah Syariah yang mana seterusnya Pendakwa Syarie akan membuka siasatan dan mendakwa pihak terbabit di Mahkamah Syariah.



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►