Friday, July 22, 2022

[1205.22] SEBATAN SYARIAH - CIRI-CIRI ALAT SEBATAN YANG DIGUNAKAN


Sebatan sivil dan syariah terdapat perbezaan yang ketara. Hal ini merujuk kepada tujuan pelaksanaan hukuman itu sendiri di mana di sisi syarak, hukuman sebatang adalah bagi memberi pengajaran dan hukuman sebatan di dalam Islam adalah tidak bersifat untuk menyeksa, namun, bersifat mendidik pelaku kesalahan termasuk masyarakat sekeliling supaya bermuhasabah untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut dan menanam perasaan takut daripada melakukan larangan Allah.
Ciri-ciri alat untuk melaksanakan sebatan jika di bawah peruntukan syariah adalah dengan merujuk Seksyen 125 Enakmen / Akta Prosedur Jenayah Syariah, dinyatakan bahawa alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►