Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)boleh difailkan bagi menuntut pemeliharaan ke atas anak lelaki atau perempuan yang masih kecil serta belum berupaya berdikari, bagi menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani anak-anak. Mahkamah akan menentukan pihak mana yang lebih layak terhadap hak jagaan anak-anak.
Tuntutan Nafkah Anak boleh difailkan oleh bekas isteri jika mendapat si suami culas dalam menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak. Bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat anak belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan, tempoh adalah sehingga berkahwin atau sehinga mempunyai pekerjaan. Sebab lain adalah anak-anak dianggap tidak mempunyai harta untuk menafkahkan dirinya sendiri dan syarat terakhir bapa tersebut mampu memberi nafkah.
Tuntutan Tunggakan Hutang boleh difailkan apabila bekas isteri mendapat wujudnya keadaan bekas suami tidak membayar mas kahwin, tidak menganggung kos saraan hidup dan nafkah isteri dan anak-anak dalam tempoh pihak-pihak bernikah serta meliputi tunggakan nafkah dan sebagainya.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..