Pengaruh pergaulan bebas dan hiburan semasa menjadikan hubungan seksual luar nikah menjadi popular. ini bukan masa untuk menyatakan pendidikan seksual untuk elakkan penguguran atau hamil tetapi msa untuk menumpukan kepada mengelakkan zina. Ketepikan isu zina sementara untuk melihat isu buang bayi.
Perlakuan seks luar nikah antara remaja boleh diklasifikasikan sebagai jenayah rogol ke atas si lelaki atas faktor statutori yang mana si wwanita ada bawah umur. Jika melibatkan umur melebihi 16 tahun, ia bukan lagi rogol jika terdapat kerelaan.
Sudut pendaftaran kelahiran, walaupun ia dilahirkan tanpa ayah samada tanpa perkahwinan atau di rogol (erti kata rogol sebenar), bayi masih boleh didaftar secara sah sebagai rakyat Malaysia bagi kebaikan di kemudian hari. Kecuali di bin kan kepada hamba Allah (Abdullah dan sebagainnya).
Apa bayi boleh didaftarkan, maka bayi itu layak hidup dan menikmati kemudahan selaku rakyat Malaysia termasuk hak faraid ke atas ibunya.
Persepsi masyarakat tentunya negatifnya tentang ini tetapi menempuhi tanggapan buruk lebih baik daripada membunuh yang boleh dikenakan hukuman gantung sehingga mati (jika pendakwaan dibawah bunuh/s.302 KK). Jadikan ia sebagai kafarah/balasan kepada ketelanjuran itu.
Selain itu dengan melahirkan bayi dengan sempurna, mendaftarkan kelahirannya si ibu masih boleh mengelakkan persepsi masyrakat dengan memberikan bayi kepada kepada pengangkatan. Masih banyak institusi keluarga yang sanggup memelihara dan membela kebajikan bayi berkenaan. Sekaligus memberikan hak lebih baik kepada bayi itu dan juga kebaikan kepada ibu.
Jika anda terjerumus dalam dilema mengandung setelah pernah bodoh dalam membuat keputusan atau gagal mengelakkannya, masih ada banyak jalan untuk membetulkan keadan bagi kebajikan anak kecil itu.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja
MOHD HISHAM
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..