Thursday, March 24, 2022

[1121.22] UNDANG-UNDANG ASAS DI BAWAH AKTA PENGANGKATAN 1952


Adalah penting untuk diingatkan bahawa Akta Pengangkatan 1952 tidak terpakai kepada mana-mana orang yang menganut agama Islam, sama ada pemohon mahupun kanak-kanak yang menurut undang-undang agama Islam adalah seorang Muslim. Di Malaysia, seseorang mesti mematuhi keperluan dan sekatan yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkatan 1952 sebelum mengambil anak angkat.
Bagi pemohon, dia mestilah bermastautin di Semenanjung Malaysia seperti mana yang tertulis di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Walaupun mereka tidak berhasrat untuk tinggal secara tetap, tetapi mereka mestilah benar-benar tinggal di Malaysia dan pekerjaan yang tetap atau tinggal untuk satu tempoh masa yang mencukupi.
Seksyen 4(1)(a) Akta Pengangkatan 1952 secara jelas menyebut bahawa pemohon atau salah satu daripada pemohon mesti mencapai umur dua puluh lima (25) tahun dan adalah berumur sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) tahun lebih tua daripada anak yang mereka ingin angkat.
Di bawah Seksyen 4(2) Akta ini juga, pemohon tunggal yang berjantina lelaki tidak boleh mengambil anak perempuan sebagai anak angkat melainkan Mahkamah berpuas hati terdapat keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Bagi anak angkat pula, dia boleh menjadi mana-mana orang yang belum berkahwin di bawah umur dua puluh satu (21) tahun, termasuklah seorang perempuan yang telah diceraikan. Seperkara lagi, mereka mestilah bermastautin di Semenanjung Malaysia.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►