Thursday, March 24, 2022

[1122.22] PERKHIDMATAN eJamin


Pengenalan eJamin, ia adalah merupakan satu alternatif bagi perkhidmatan bayaran jamin yang telah diperkenalkan bagi tujuan menjamin Tertuduh di Mahkamah, yang menggunakan aplikasi atas talian (online transfer) sahaja.
Kaedah penggunaan eJamin ini adalah dengan pertama sekali melayari laman web https://ejamin.my/ dan isikan semua maklumat penjamin dan Tertuduh, dengan mengesahkan amau jaminan serta nombor kes, yang dilakukan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah. Kedua, wang jaminan hendaklah didepositkan melalui sistem FPX di Bank Islam atau Bank Muamalat. Ketiga, bukti deposit ke dalam akaun tersebut perlulah ditunjukkan kepada pegawai di Kaunter untuk disahkan dan emel pengesahan bayaran juga akan dihantar. Akhir sekali, Pegawai atau Pendaftar di kaunter seterusnya akan menerangkan kepada kedua-dua penjamin dan Tertuduh akan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah bagi ikat jamin sebelum menyerahkan sesalinan bon jaminan kepada penjamin.
Setelah proses pembayaran jamin selesai, penjamin mempunyai tanggungjawab dalam memastikan Tertuduh hadir ke Mahkamah pada tarikh-tarikh yang ditetapkan dan jika berlaku kegagalan dalam berbuat demikian, jamin yang telah diberikan boleh dibatalkan oleh pihak Mahkamah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►