Thursday, March 24, 2022

[1111.22] NEGATIF PASAL PENSYARIKATAN - SYARIKAT ENTITI BERBEZA SATU JALAN KELUAR HUTANG / LIABILITI


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengulungan syarikat perkapalan di Hong Kong yang antara lain mempunyai liabiliti hutang yang tinggi termasuk dengan beberapa bank di Malaysia.
Antara kedudukan perundangan bagi syarikat adalah ia merupakan satu entiti yang berlainan dari sudut pemilikan melalui syer dan juga pengurusannya. Tidak akan dibebankan pemegang syer dan pengurusannya atas liabiliti syarikat kecuali dalam tugasan fidusiari dalam menjalankan tugas.
Jika netizen menyatakan ini jalan mudah untuk seseorang membuat penipuan dan melarikan daripada beban hutang dan salah laku perniagaan dalam beberapa sudut, saya akui bahawa ia terdapat kebenaran dan menjadi asas penubuhan dan pemilihan dalam menubuhkan syarikat bagi persediaan untuk mengelakkan beban berkenaan.
Sekarang bergantung kepada asas dan niat penubuh syarikat adakah ia satu medium bagi perniagaan yang sebenar atau satu medium "mudah lari".
Selain kuasa dan perlaksanaan SSM dalam membendung salah laku dan tindakan sedemikian dalam perjalanan syarikat, netizen juga perlu mempunyai kesedaran dalam berurusan dengan syarikat yang tidak 'genuine'.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►