Wednesday, March 30, 2022

[1151.22] UNDANG-UNDANG HARTANAH - SITASI


Sitasi adalah merupakan suatu notis diberikan kepada waris-waris yang enggan menandatangani Afidavit Penolakan dalam sesuatu permohonan Surat Kuasa Mentadbir. Surat Kuasa Mentadbir adalah permohonan yang dibuat oleh ahli waris untuk menjadi pentadbir bagi harta pusaka si mati dengan persetujuan ahli-ahli waris si mati yang lain. Beliau akan mentadbir segala harta pusaka si mati dengan adil dan membayar segala hutang si mati berdasarkan perintah Mahkamah.
Sekiranya terdapat mana-mana ahli waris pusaka yang tidak bersetuju atau membantah permohonan Surat Kuasa Mentadbir atau tidak bersetuju ke atas perlantikan seseorang ahli waris sebagai pentadbir harta pusaka tersebut, maka Sitasi perlu diserahkan kepada waris-waris yang menentang ini.
Sitasi ini diserahkan untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka ingin menerima atau menolak Surat Kuasa Mentadbir. Waris-Waris yang diserahkan dengan Sitasi perlu hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan bagi memberi tunjuk sebab dan alasan mengapa Surat Kuasa Mentadbir tersebut tidak patut diberikan kepada waris yang memohon (rujuk Aturan 71 Kaedah 41 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)
Sekiranya gagal hadir ke Mahkamah, Mahkamah berhak memberikan apa-apa perintah termasuk membenarkan permohonan Surat Kuasa Mentadbir tanpa kehadiran mereka.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
019-5658454

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►