Wednesday, March 30, 2022

[1150.22] SEBATAN SYARIAH - KAEDAH SEBAT


Memandangkan alat #sebat yang digunakan dalam kes jenayah #syariah dan jenayah sivil adalah berbeza, maka, kaedah melaksanakan sebatan juga berbeza.
Syarat utama perlaksanaan #sebatan sepertimana terkandung di dalam Seksyen 125 Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah. Sebelum hukuman dilaksanakan, OKT perlu diperiksa oleh pegawai perubatan kerajaan untuk mengesahkan kesihatan OKT dalam keadaan baik. Jika OKT sedang hamil, hukuman perlu ditangguhkan, sehingga tempoh 2 bulan selepas melahirkan atau keguguran tersebut tamat (bergantung kepada keadaan OKT). Hukuman akan dilaksanakan di hadapan pegawai perubatan kerajaan di tempat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah kerajaan.
Orang yang melaksanakan hukuman perlulah seorang yang adil dan matang. Pelaksanaan hukuman menggunakan alat sebatan mestilah dengan tahap kekuatan sederhana (tidak melampau), dengan cara tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit OKT. Selepas satu sebatan, perlulah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya. #Hukuman sebat boleh dilaksanakan pada seluruh tubuh OKT kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pakai OKT mestilah mengikut hukum syarak. Hukuman sebat bagi OKT lelaki dibuat dalam keadaan berdiri dan bag OKTi perempuan, dalam keadaan duduk.
Namun, jika semasa pelaksanaan hukuman sebat, pegawai perubatan kerajaan mengesahkan bahawa OKT itu tidak lagi dapat menerima sebatan, maka, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga dipercayai dan disahkan kesihatan OKT kembali pulih.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►