Thursday, March 24, 2022

[1110.22] PERMOHONAN PENDTADBIRAN HARTA PUSAKA DI AMANAH RAYA


Individu yang boleh membuat permohonan pentadbiran harta pusaka di Amanah Raya adalah Waris simati atau mana-mana pihak yang berkepentingan boleh membuat permohonan pentadbiran pusaka simati di Amanah Raya.
Tiada keperluan bagi kesemua waris-waris yang layak, hadir untuk membuat permohonan kerana pihak yang memohon sahaja perlu hadir di Amanah Raya samada di ibu pejabat atau mana-mana cawangan Amanah Raya bagi mengisi borang permohonan dan mengemukakannya berserta dokumen sokongan kepada AmanahRaya untuk tindakan susulan. Borang permohonan dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Amanah Raya di www.amanahraya.my
Selain tu, permohonan juga boleh dihantar melalui pos iaitu dengan cara mengisi lengkap borang permohonan berserta salinan dokumen sokongan yang diperlukan, dialamatkan ke ibu pejabat atau mana-mana cawangan AmanahRaya. Permohonan yang dihantar melalui pos tidak memerlukan kepada kehadiran ke Amanah Raya.
Kebiasaannya, prosedur permohonan pentadbiran harta pusaka melibatkan harta alih, memakan masa selama 4 hingga 6 bulan. Jika melibatkan harta tak alih, akan mengambil masa lebih panjang iaitu sehingga 12 bulan (setahun). Tempoh yang dinyatakan bagi pemprosesan ini juga bergantung kepada maklum balas dan kerjasama daripada waris dan pihak ketiga yang berurusan dengan Amanah Raya.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►