Friday, December 31, 2021

[1073.21] APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA AHLI KELUARGA TERDEKAT MENINGGAL DUNIA?


Pertama sekali, waris terdekat si mati hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan segala perbelanjaan penyelenggaran jenazah si mati, hutang si mati, pembahagian harta sepencarian, penyempurnaan #wasiat dan terakhir sekali barulah pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak.
Seterusnya, waris terdekat hendaklah mendapatkan Surat Kuasa #Mentadbir daripada Jabatan Ketua Pengarah #Tanah dan Galian (JKPTG) atau Mahkamah Tinggi Sivil, bergantung kepada nilai harta si mati.
Bagi yang beragama Islam, hendaklah membuat permohonan bagi mendapatkan Perintah Faraid (akuan rasmi yang mengandungi maklumat waris-waris dan bahagian-bahagian yang berhak diperolehi ke atas harta si mati) di Mahkamah Syariah bagi menentukan bahagian-bahagian kepada waris-waris si mati. Permohonan hendaklah disegerakan supaya memudahkan urusan waris-waris si mati terutamanya jika si mati mempunyai anak yang masih kecil.
Antara dokumen yang diperlukan bagi memfailkan permohonan mendapatkan Perintah Faraid di Mahkamah Syariah adalah dengan memfailkan Notis Permohonan (Borang MS 3) Dan Afidavit, dilampirkan bersama salinan Kad Pengenalan / Passport Pemohon, salinan Sijil Kematian / Permit Penguburan / Perintah Anggapan Mati Si Mati, salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan Waris-Waris, salinan Surat Perakuan Nikah / Ruju’ / Cerai serta salinan dokumen berkaitan harta / jumlah harta Si Mati. akhir sekali, pemfailan permohonan di #Mahkamah #Syariah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►