Friday, December 31, 2021

[1072.21] KESALAHAN MEMBUNUH KUCING


Tahun lepas tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki india membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering sebuah dobi.
Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah dibacakan mana seseorang individu boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam kes tersebut, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor memohon hukuman berat mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh menjadi tular sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.
Kes tersebut membabitkan seekor kucing spesies domestik dan kucing ini tidak memberi ancaman kepada tertuduh. Tertuduh langsung tidak menghormati nyawa dan tidak menganggap binatang juga ada hak untuk hidup. Kes ini didedahkan melalui rakaman dan ditonton oleh masyarakat sehingga menjadi tular dan berasa marah dengan perbuatan tertuduh.
Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap Tertuduh tersebut selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►