Friday, December 24, 2021

[1062.21] FUNGSI DEWAN NEGERI


Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif.
Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Badan ini mengandungi tiga elemen utama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Di peringkat negeri, satu badan yang sama fungsinya dengan Parlimen dinamakan Dewan Negeri. Dewan Negeri merupakan badan perundangan yang berkuasa menggubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang negeri yang dipanggil enakmen.
Di Selangor, segala Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri akan ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan akan menjadi undang-undang setelah diwartakan dalam Warta Kerajaan.
Undang-undang tersebut termasuklah perkara-perkara tertentu seperti tanah dan sumber-sumber asli (kecuali minyak dan gas), kemudahan awam, kebajikan dan sosial, belia dan sukan, kebudayaan dan pentadbiran negeri.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►