Friday, December 24, 2021

[1063.21] GARIS PANDUAN PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN BAGI KES JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK


GARIS PANDUAN PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN BAGI KES JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK
Garis panduan ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi bagi penerimaan laporan dan siasatan adalah pemeriksaan kesihatan perlulah dijalankan.
Prosedur adalah PDRM akan membawa mangsa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan dan rawatan oleh pegawai perubatan (jika perlu) dan dalam keadaan tertentu, mangsa akan terus hadir ke hospital bersama dengan ibu/bapa/penjaga/guru/orang awam.
Prosedur bagi pemeriksaan kesihatan setelah laporan diterima serta bagi memulakan siasatan adalah pertama sekali, saringan di Jabatan Kecemasan Hospital akan dijalankan dalam menentukan kes yang dirujuk adalah sama ada tidak kritikal, semi kritikal atau kritikal bagi prosedur lanjut. Seterusnya, laporan perubatan akan disediakan oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan dan laporan tersebut akan diberikan dengan kadar segera. Penyediaaan laporan perubatan adalah setelah permohonan secara bertulis dibuat oleh Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat terlibat yang perlu dilakukan pada hari yang sama mangsa dirujuk ke hospital. Namun, bagi kes-kes tertentu, PDRM akan memohon secara bertulis laporan perubatan lanjutan. Contoh adalah laporan psikologi dan laporan psikiatri.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►