Friday, December 24, 2021

[1061.21] ADAKAH WASIAT TERBATAL SEKIRANYA TERDAPAT BANTAHAN MANA-MANA AHLI WARIS SI MATI TERHADAP PENGAGIHAN HARTA PUSAKA?

 


Wasiat bukanlah semata-mata pemberian harta pusaka kepada waris. Wasiat sebenarnya adalah satu dokumen khusus perlantikan wasi iaitu PENTADBIR HARTA PUSAKA. Wasi ini adalah orang yang bertanggungjawab untuk menggerakkan proses pentadbiran harta pusaka iaitu mendapatkan surat kuasa mentadbir yang sepatutnya dijalankan oleh waris.
Tujuan mendapatkan surat kuasa mentadbir adalah bagi membolehkan pertukaran nama si mati kepada nama waris dibuat di atas geran dan penutupan akaun simpanan si mati agar semua wang simpanan dan pelaburannya dapat dikeluarkan dari institusi kewangan dan diagih kepada waris.
Sekiranya terdapat ahli waris faraid yang membantah pengagihan kerana bahagian untuknya yang diwasiatkan adalah kurang dari had yang ditetapkan oleh faraid, maka dia boleh menuntut hak tersebut dari wasi dan wasi wajib atas menjalankan tanggungjawab perwasiannya memberikan nisbah nilai yang mencukupi had faraid waris yang menuntut. Bantahan waris terhadap pengagihan harta pusaka tidak mengikut kadar atau had faraid bukanlah bermaksud membatalkan wasiat secara keseluruhannya.
Di dalam surah an-Nisaa' ayat 11, Allah S.W.T telah berfirman bahawa pembahagian faraid yang diturunkan melalui surah an-Nisaa' ini hendaklah dilaksanakan selepas wasiat yang ditinggalkan oleh si mati diselesaikan dan juga sesudah dibayarkan segala hutang-piutang si mati. Firman Allah bermaksud, "...(Pembahagian itu) iailah sedudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya." (an-Nisaa' 4:11)
NOTA: Gambar sekadar hiasan


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►