Adalah jelas statut yang mengawal selia peguambela dan peguamcara ialah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [APUU]. APUU memperuntukkan kuasa kepada Majlis Peguam untuk menentukan status dan mengeluarkan sijil amalan guaman seorang peguambela dan peguamcara. Butir-butir firma yang berkaitan dengan seorang peguam juga didaftarkan dengan Majlis Peguam (rujuk s 29 dan 31, APUU).
Tanpa sijil amalan untuk menjalankan amalan guaman di Sarawak, sebarang amalan guaman oleh seorang peguam adalah terbatal (rujuk penghakiman Mahkamah Rayuan Lie Kok Keong v. Tang Containers & Services Sdn Bhd [2003] 1 MLRA 573).
“Seksyen 36. Peguam bela dan peguam cara hendaklah ada nama mereka dalam Daftarai sebelum menjalankan amalan (1) Tertakluk kepada seksyen ini, tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara melainkan jika namanya ada dalam Daftarai dan dia mempunyai suatu sijil amalan yang sah membenarkan dia melakukan perbuatan itu; seseorang yang tidak berkelayakan sedemikian disebut dalam Akta ini "orang tidak diberi kuasa".
Tidak ada kuasa untuk beramal undang-undang, maka firma perkongsiannya terbubar secara otomatik. Perkara ini diperuntukkan dalam s 36, AP seperti yang berikut:
"Seksyen 36. Pembubaran kerana perkongsian menyalahi undang-undang. Suatu perkongsian dalam tiap-tiap hal terbubar dengan berlakunya apa-apa kejadian yang menjadikannya menyalahi undang-undang bagi urusan firma itu dijalankan atau bagi anggota firma itu menjalankannya secara perkongsian."
Nur Zahirah Bahari
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..