Monday, November 8, 2021

[1024.21] JAMIN DI BAWAH AKTA KANAK-KANAK 2001


Seksyen 84(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan:-
"jika seseorang kanak-kanak ditangkap dengan atau tanpa waran, kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan mahkamah bagi kanak-kanak dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan ke mahkamah bagi kanak-kanak".
Seksyen 84(2) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan:-
"jika tidak mungkin seseorang kanak-kanak dibawa ke hadapan mahkamah bagi kanak-kanak dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak kanak itu ditahan di suatu tempat tahanan sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan mahkamah bagi kanak-kanak."
Berdasarkan kepada kedua-dua subseksyen yang disebutkan, seorang pesalah kanak-kanak mesti dalam tempoh 24 jam dibawa ke hadapan mahkamah ataupun majistret.
Seterusnya, seksyen 84(3) Akta Kanak-Kanak 2001 menyenaraikan kes-kes yang tidak boleh disiasat oleh mahkamah kanak-kanak seperti kes bunuh/ kes jenayah berat yang lain, kes dimana demi kepentingan kanak-kanak ditangkap itu dia diasingkan daripada bergaul dengan mana-mana orang yang tidak diingini, dan mahkamah ada sebab untu percaya bahawa pelepasan kanak-kanak itu akan mengecewakan matlamat keadilan.
Selain daripada kes-kes/ situasi berikut, mahkamah bagi kanak-kanak hendaklah melepaskan kanak-kanak itu dengan suatu bon, yang disempurnakan oleh ibu, atau bapa atau penjaganya atau orang lain yang bertanggungjawab dengan atau tanpa penjamin, bagi suatu jumlah yang pada pendapat mahkamah bagi kanak-kanak itu akan memastikan kehadiran kanak-kanak itu apabila pertuduhan itu didengar.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►