Monday, November 8, 2021

[1021.21] KUASA PENDAKWA RAYA MENGHENTIKAN PROSIDING


Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, seksyen 254 (1) KTJ dan seksyen 254(2) KTJ memperuntukkan bahawa pendakwa raya mempunyai bidang kuasa yang sangat luas termasuklah untuk menghentikan sesuatu prosiding pada mana-mana peringkat perbicaraan sebelum keputusan diputuskan oleh hakim.
Seperti mana dalam kes Poh Cho Ching v PP [1982] 1 MLJ 86, pendakwa raya telah menggugurkan pertuduhan ke atas pemberi rasuah di dalam kes tersebut. peguambela dalam kes tersebut telah menghujahkan bahawa apabila tiada pemberi rasuah dalam kes tersebut, maka tiadalah penerima rasuah. Hakim dalam kes tersebut telah merujuk kepada seksyen 254 KTJ dan menyatakan bahawa ia adalah kuasa pendakwa raya untuk menghentikan prosiding dan bukannya pihak mahkamah yang menentukan perkara tersebut.
Dalam kes PP v HLS Perera [1977] 1 MLJ 12, hakim telah menekankan bahawa kuasa untuk menghentikan prosiding adalah bidang kuasa pendakwa raya sahaja seperti berikut:-
"According to article 145 of the federal constitution, only the attorney general has the power to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence. until he makes up his mind, the courts have to wait."
Seterusnya dalam kes PP v Zainuddin & Anor [1986] 2 MLJ 100, hakim telah memutuskan seperti berikut:-
"Since the attorney-general has this power exercisable at his discretion, it is not for the court to say when the prosecution has to close its case or has to come to an end."
Apabila pendakwa raya menghentikan sesuatu prosiding, mahkamah akan memutuskan sama ada tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan ataupun dilepaskan tanpa dibebaskan.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►