Monday, November 1, 2021

[1010.21] APAKAH TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT KITA KEPADA SAMAN SIVIL MAHKAMAH?

 Susah nak jawab sebab mungkin perlu tengok kepada faktor dan aspek tertentu maka jawapan juga turut berbeza.

Tetapi jika dulu banyak saman sivil yang diterima dan diketahui, jarang orang ambil endah. Malah ramai tidak hadir #mahkamah dan kemudiannya di perintahkan #penghakiman Ingkar ke atas #Defendan.
Tapi kini jika dalam aspek respon kepada saman, ramai orang melantik peguam dan melawan kembali tuntutan yang dikemukakan melalui saman berkenaan.
Apa yang menarik, wang bukan lagi menjadi isu. Adakah Defendan mempunyai kemampuan kewangan untuk membela tuntutan atau membela atas sebab keadilan.
Ataupun peguam meletakkan fee rendah atas kekangan ekonomi disebabkan covid19 atau persaingan dan ketidakmampuan dalam mendapat klien. Ataupun isu yang menjadi hangat antara lain floodgate dibuka oleh para peguam dalam membawa kes dan membela kes sebagaimana india dan akhirnya membuat lambakan kes tiada isu dibicarakan beratur di hadapan mahkamah pada masa kini.
Lebih menarik seolah semua tuntutan dilihat bermerit untuk dibela oleh Defendan tanpa ada rasa ingin menyelesaikan pertikaian dalam kadar segera dan secara baik. Satu sudut, ia baik untuk peguam Plaintif atau Defendan kerana lebih kerja, lebih feenya. Tetapi kami selaku Peguamcara sentiasa membuka dan menggalakkan anakguam menarik pihak-pihak untuk berbincang bagi menyelesaikan hal-hal pertikaian.
Kekadang kini kes tuntutan hanya perlu meminta maaf. Semua memberikan respon kepada tuntutan dalam bentuk membuat lambakan dan egois yang berlebihan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►