Monday, November 1, 2021

[1009.21] BENTUK MUTAAH DAN KADAR PEMBERIAN MUTAAH


Apakah bentuk pemberian yang dikira sebagai #mutaah?
Pemberian mutaah ini boleh dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan pemberian berbentuk pakaian, barang atau wang tunai yang sepadan dengan kedudukan dan kafaah seorang #suami tersebut.
Apakah kadar pemberian mutaah menurut Islam?
#Islam telah tidak menetapkan kadar minimum atau maksimum bagi suatu pembayaran mutaah, namun, keredhaan kedua belah pihak diambil kira. #Mahkamah #Syariah akan memberikan kata putus jika pihak-pihak tidak boleh sampai kepada persetujuan bagi kadar mutaah yang hendak dibayar oleh suami, mengambil kira kedudukan dan kemampuan bekas suami.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►