Monday, August 23, 2021

[952.21] PERBEZAAN DI ANTARA MAHKAMAH BURUH DAN MAHKAMAH PERUSAHAAN


Mahkamah buruh dan mahkamah perusahaan adalah dua mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berbeza. Mahkamah buruh mempunyai bidang kuasa untuk menguruskan kes-kes berkenaan pembayaran gaji dan ianya dimulakan dengan laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Mahkamah perusahaan pula adalah lebih kepada isu-isu berkaitan penamatan kerja secara tidak adil (unfair dismissal) serta isu yang melibatkan kesatuan sekerja serta bagi isu gaji yang melebihi RM5,000.00 dan ianya dimulakan dengan laporan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Buruh, keputusan tersebut boleh dirayu di Mahkamah Tinggi. Bagi Mahkamah Perusahaan, keputusan yang diputuskan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. Walaubagaimanapun, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diputuskan, boleh membuat permohonan semakan kehakiman, juga di Mahkamah Tinggi.
Proses rayuan dan proses semakan kehakiman adalah berbeza yang mana rayuan adalah terhadap keputusan kes tersebut secara keseluruhan manakala semakan kehakiman adalah lebih kepada isu pematuhan prosedur.
Khairunnisa Kasa
Shah Alam
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►