Monday, August 23, 2021

[951.21] BILA PATUT LANTIK PEGUAMBELA


"Anak saya dah kena hantar ke penjara sebab masa kena tangkap tu, polis kata tak perlu lantik peguam sebab masih dalam siasatan"
Polis cakap betul dah tu. Perlu atau tidak keluarga perlu tentukan bukan polis. Apabila tanpa peguam, kerja polis atau penguatkuasa lain lebih senang. Tiada pantauan dan tiada risiko bantahan baik semasa reman dan di Mahkamah kelak.
Polis tahu lantikan peguambela yang baik adalah sejurus ditahan. Sebenarnya polis tidak pernah melarang Tuan/Puan untuk melantik peguambela pun. Malah ramai saya jumpa polis suka apabila dilantik awal pegambela. Kerana peguam boleh memberikan nasihat bagaimana proses siasatan dan tindakan mereka agar lebih mudahkan kerja polis tetapi dalam masa sama peguambela menjalankan tugasannya dalam membela anakguam.
Seawal lantikan, banyak kerja boleh dilakukan oleh peguambela walaupun boleh dikatakan kerja guaman adalah terhad. Semua pihak mempunyai tugasan tersendiri. Baik polis, peguam, Pendakwaraya dan mahkamah inginkan perkara ini dibicarakan dengan adil dan diselesaikan dengan kadar segera. Namun, dalam masa yang sama pihak tertentu mempunyai budibicara yang mana boleh memberikan keadilan dan telus dalam siasatan dan pendakwaan kelak.
Adalah menjadi hak anda di bawah Perkara 5 perlembagaan Malaysia bagi diwakili peguam pada bila-bila masa. Anda diberikan hak untuk mendapatkan nasihat perundangan dan gambaran jelas kepada apa yang dihadapi.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►