Monday, August 23, 2021

[950.21] HUKUM GANTUNG - JUDI NYAWA IKUT CAKAP SI BODOH


Banyak kali saya tulis mengenai bagaimana Orang Kena Tuduh (OKT) kes pengedaran dadah menolak tawaran kepada pertuduhan lebih rendah. Saya amat kecewa.
Benar, ada kes di mana tawaran dibuat kepada pertuduhan lebih ringan kerana pendakwaan hanya memiliki kelebihan keterangan mengikut keadaan tetapi keterangan yang ada boleh dipatahkan oleh Peguambela yang berpengalaman. Ini banyak terjadi kepada saya sendiri yang mana tawaran bagi kes bunuh dan culik. Saya memberikan nasihat pro dan kontra mengenainya dan sememangnya tidak menerima tawaran adalah lebih baik.
Tetapi di dalam kes pengedaran dadah, keterangan dan beban pembuktian adalah berbeza daripada jenayah lain. Tawaran diberikan bukan semestinya kekurangan yang ada pada pendakwaan tetapi banyak memberikan peluang kedua kepada OKT yang rata-rata diketahui sebagai keldai dan orang bodoh yang mahupun sedikit upah. Bukan penjenayah tegar.
Namun kebanyakan menolak tawaran kerana nasihat banduan yang mengemis nasib nyawanya juga. Banduan yang tidak akan bertanggungjawab kepada nyawa mereka kemudiannya. Minggu ini seorang lagi banduan klien saya menolak tawaran tersebut walaupun pada awalnya saya telah nasihatkan kes ini adalah amat rapuh dan sabitan senang diperolehi kerana melibatkan kes lapangan terbang. Kecuali terdapat kelompongan teknikaliti kemudiannya.
Di masa semua tidak sangka saya mendapatkan tawaran kes sebegini, klien menolaknya. Sama isu 2 tahun lepas, klien saya juga menolak sebanyak 3 kali dan kemudiannya Mahkamah Tinggi sabitkan dan jatuhkan hukuman mati.
Antara komen Mahkamah Tinggi ketika itu, kenapa saya tidak menasihatkan agar buat representasi kepada pendakwaan kerana kedudukan kes pengedaran yang sepatutnya saya lebih arif kerana berpengalaman hampir 20 tahun. Saya telah berjaya mendapatkan 3 kali budibicara pendakwaan tetapi kesemuanya ditolak klien.
Saya melihat 2 perkara yang menjadikan ia sering terjadi. Pertama, kesan nasihat daripada kawan-kawan banduan yang tidak langsung tidak memahami undang-undang dadah.
Kedua, kebanyakan mereka daripada lantikan mahkamah. Mereka fikir peguam lantikan adalah menasihatkan mereka kerana ingin kerja selesai segera kerana percuma. Sedangkan jika kes dibicarakan, maka ia lebih mahal dibayar.
Masih ramai ingin judikan nyawa mereka tanpa memahami tugas peguambela seperti kami, kes-kes mahkamah dan undang-undang ketat berkaitan dadah di Malaysia.
Sekadar nasihat


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►