Seksyen 14 Akta Kerja 1955 memperuntukkan bahawa sekiranya berlaku salah laku (misconduct) oleh pekerja, maka majikan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut. Antara tindakan yang boleh diambil termasuklah:
i. Menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut tanpa notis;
ii. Menurunkan pangkat pekerja tersebut; atau
iii. Apa-apa hukuman yang lebih ringan seperti memberikan amaran atau menggantung perkhidmatan pekerja tersebut.
Sebelum apa-apa tindakan ini diambil, majikan perlulah untuk membuat siasatan yang sewajarnya bagi memastikan hukuman tersebut adalah secara adil dan tidak memberikan prejudis kepada mana-mana pihak.
Semasa siasatan dijalankan, majikan hanya boleh menggantung perkhidmatan pekerja tersebut selama 2 minggu maksima dengan gaji dibayar separuh sahaja. Sekiranya terdapat keperluan untuk menggantung pekerja tersebut lebih daripada 2 minggu, tiada pemotongan gaji yang dibenarkan.
Khairunnisa Kasa
Alor Setar
+60109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..