"Boleh ke peguam atau orang komen sebegini kepada kes belum bicara?"
Seorang pembaca bertanyakan tentang artikel yang dikomen oleh beberapa peguam secara terus kepada merit kes.
Sekiranya kes belum diputuskan apatah lagi masih belum dikemukakan keterangan atau masih dalam siasatan, maka elakkan memberikan komen terhadapnya. Ini akan menimbulkan pelbagai persepsi seolah-olah ia sedang dibicarakan secara terbuka oleh bukan pihak yang ahlinya.
Peguam atau pihak berkaitan undang-undang juga harus elakkan memberikan pandangan atau komen kepada kes berkenaan kerana memberikan prejudis kepada perjalanan kes dan persepsi pembaca. Malah ia adalah satu pelanggaran etika kepeguaman. Satu perkara yang perlu dielakkan dan perbuatan itu bukan sahaja boleh diadukan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam etapi peguam turut boleh di saman.
Apa yang dibolehkan ialah kepada isu tertentu sahaja berkenaan isu semasa dan bukan tentang merit kes. Maksud merit termasuk fakta, keterangan dan apa-apa yang berkaitan dengan kes berkenaan. ini juga dielakkan oleh media dalam lingkungan etika penerbitan.
Contohnya dalam isu semasa bab penderaan kanak-kanak di rumah kebajikan, mungkin isu boleh dikupas dan diberikan pandangan tentang perlaksanaan dan proses dalam mendaftar dan menyelia, kelayakan rumah kebajikan. Apa sahaja asalkan bukan tentang kesnya.
Mendidik netizen agar lebih faham dan adil dalam memberikan komentar juga agak sukar dengan mentaliti yang sentiasa iingin dilihat betul pandangannya. Cuma mendidik harus diteruskan. Tindakan saman dan tuntutan khusus kepada komentar netizen yang melampau dalam memberikan komen dan pandangan dalam beberapa isu juga adalah proses pendidikan netizen yang harus diambil ikhtibar.
Komen dan pandangan membina adalah diperlukan dalam apa jua situasi, jadilah sebahagian daripada masyarakat yang bermanfaat kepada yang lain.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..