Friday, April 23, 2021

[840.21] "KALAU BUDAK BUAT KESALAHAN HUKUMAN MATI, KENA GANTUNG KE?"


Setiap kanak-kanak yang didakwa di Mahkamah berbidangkuasa jenayah akan dengar prosidingnya di Mahkamah Juvana. Tetapi Pendakwaraya mempunyai kuasa untuk kes didengar di Mahkamah jenayah biasa sebagai/bersama pesalah dewasa.
Bagi kesalahan melibatkan hukuman mati, kanak-kanak akan dibicarakan sebagaimana dewasa dan disabitkan sebagaimana dewasa.
Walaubagaimanapun, hukuman mati tidak boleh dikenakan ke atas seorang kanak-kanak sebagaimana peruntukan undang-undang dan kanak-kanak akan dihukum dengan ditahan di satu tempat yang ditentukan dan menurut kehendak pemerintah negeri sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Satu pengampunan boleh diberikan kemudiannya.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►