Tuesday, April 27, 2021

[841.21] 4 KETERANGAN MENGIKUT KEADAAN


Antara kelaziman pembuktian di dalam kes jenayah, pihak pendakwaan akan bergantung kepada pembuktian keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) jika tiada keterangan secara terus. Mahkamah boleh menyabitkan dan menjatuhkan hukuman kepada satu pertuduhan itu berdasarkan pembuktian mengikut keadaan ini walaupun satu kesalahan besar seperti kes-kes jenayah melibatkan hukuman gantung sehingga mati apabila Mahkamah berpuas hati dengan kesemua keterangan mengikut keadaan tersebut menjurus kepada kesan kumulatif kepada Orang Kena tuduh telah melakukan jenayah berkenaan dan semua bukti mengeluarkan andaian lain atau tiada keraguan mengenainya melakukan sedemikian.
Ini adalah adalah satu prinsip perundangan yang telah dikukuhkan dan diterima pakai di Malaysia yang mana konsep dan penerimaanya dalam menyabitkan dan menghukum Orang Kena Tuduh di bincangkan di dalam kes terdahulu.
Rujuk kes - Sunny Ang v. Public Prosecutor [1965], Jayaraman Velayuthan & Ors v. Public Prosecutor [1982], PP v. Magendran Mohan [2005], Chan Chwen Kong v. Public Prosecutor [1962], Karam Singh v. Public Prosecutor [1967], Chang Kim Siong v. Public Prosecutor [1967], Jitweer Singh Ojagar Singh v. PP [2016] .
Prinsip ini telah diterangkan secara lengkap melalui kes-kes terdahulu berdasarkan kesan kumulatif terhadap kesmeua keterangan adalah menghala kepada kesimpulan yang jelas bahawa Orang Kena Tuduh yang telah melakukan jenayah berkenaan tanpa adanya mana-mana penjelasan untuk menyatakan sebaliknya. Keterangan mengikut keadaan yang ada perlu dikukuhkan sepenuhnya
Jika ada keterangan mengikut keadaan dan isu yang ditimbulkan menunjukkan ketidakbersalahan Orang Kena Tuduh atau putusnya rantaian keterangan mengikut keadaan, maka apa jua keraguan yang ditimbulkan perlu diberikan kelebihan kepada kes pembelaan Orang Kena Tuduh.
Rujuk kes - Low Chiew Mun v. PP [2020]
+60139307961



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►