Friday, April 23, 2021

[837.21] KETERANGAN DENGAR CAKAP


Keterangan dengar cakap atau hearsay adalah satu keterangan daripada A yang mana dia mendengar bahawa B berkata ".................................". Keterangan ini tidak diterima di Mahkamah Malaysia dan menjadi satu asas keterangan di Malaysia.
Mahkamah Persekutuan di dalam kes Leong Hong Khie v. PP [1984] antara lain menyatakan;
'The general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. This rule has been long established as a fundamental principles of the law of evidence. To
quote Lord Normand in Teper v. R [1952] AC 480; 486:
"The rule against the admission of hearsay evidence is
fundamental. It is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The truthfulness and accuracy of the person whose words are spoken by another witness cannot be tested by cross-examination and the light which his demeanour would throw on his testimony is lost."'
Mahkamah Persekutuan juga menyatakan bahawa adalah berbahaya untuk bergantung kepada keterangan dengar cakap kerana ia boleh diolah, diubah dan disusun mengikut kehendak keterangan saksi berkenaan dan lari daripada perkataan dan maksud asal.
Walaubagaimanapun, di dalam kes jenayah terdapat satu pengecuali melalui seksyen 32 Akta Keterangan 1950 yang boleh membawa kesan yang berbeza.
Nota: Sila cari di dalam page ini atau www.criminallawyermalaysia.com bagi artikel berkenaan seksyen 32.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►