Monday, February 22, 2021

[800.21] ADAKAH KENYATAAN DI DALAM PARLIMEN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI MAHKAMAH

 


Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ahli Parlimen tidak boleh dikenakan sebarang tindakan di Mahkamah berkenaan apa-apa yang dikatakan oleh mereka di dalam Parlimen ketika ianya sedang bersidang. Ianya kerana Mahkamah atau Tribunal tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkan kesahihan perkara-perkara tersebut. Di mana speaker mepunyai kuasa bagi mendengar perkara tersebut.
Perkara ini penting kerana Parlimen adalah tempat di mana undang-undang digubal. Oleh itu, perkara yang dibincangkan di dalam Parlimen mempunyai skop yang luas agar semua perkara yang berkaitan dapat dipertimbangkan dan dibahaskan sama ada ianya adalah isu sensitiviti seperti perkara berkaitan agama dan bangsa. Justeru itu, ahli parlimen diberikan keistimewaan agar mereka tidak dikenakan sebarang tindakan di Mahkamah.
Walaubagaimanapun, keistimewaan ini terhad kepada pernyataan yang tidak merangkumi perkara di bawah Seskyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Di dalam kes Mark Koding lwn Pendakwa Raya (1982) 2 MLJ 120 di mana beliau mempersoalkan polisi kerajaan membenarkan sekolah jenis cina dan tamil diteruskan di mana beliau mempersoalkan polisi itu bercanggah dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, di mana beliau mencadangkan Artikel 152 seharusnya dipinda. Beliau telah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 3(1) perenggan (b) Akta Hasutan 1948.
Kesimpulannya, ahli Parlimen mempunyai keistimewaan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan tetapi ianya mempunyai had di mana ianya tidak boleh bersifat hasutan iaitu perkara di bawah Seskyen 4(1)(b).
Aainaa Mahirah Ozaimudi
Subang Jaya, Selangor

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►