Monday, February 22, 2021

[801.21] KUASA PENDAKWAAN BAGI MEMBENARKAN REPRESENTASI


"Boleh ke Pendakwaan membenarkan representasi kepada satu pertuduhan lebih ringan jika hukuman gantung telah dijatuhkan "
Biasanya jika merujuk kepada seksyen 39B(1)(a-c), Pendakwaan boleh menurunkan atau ubah pertuduhan kepada seksyen 39A(2) iaitu hukuman penjara minima 5 tahun penjara dan 10 sebatan minima.
Kuasa meminda dan membenarkan pendakwaan lebih rendah termaktub dalam kuasa khas Pendakwaraya / Peguam Negara yang diberikan melalui Perlembagaan Malaysia.
Kisah Pertama
Pernah mendapat pindaan sedemikian apabila rayuan kepada hukuman seksyen 39B dibuat di Mahkamah Rayuan. Tiada representasi kemukakan oleh saya selaku peguambela tetapi atas teguran oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada masa itu dan merujuk kepada 3-4 rayuan yang lain termasuk hujahan saya, maka pihak Peguam Negara membenarkan pindaan tersebut.
Kisah Kedua
Semasa hujahan, pihak pendakwaan bersetuju dengan hujahan dan selepas perbincangan, pertuduhan ditawarkan kepada pertuduhan lebih rendah dan selamat daripada tali gantung.
Kisah Ketiga
Atas teguran dan representasi bertulis dibuat, Peguam Negara bersetuju meminda pertuduhan kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu pemilikan sahaja.
Kisah Keempat
Semasa di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan (tak ingat sangat), duduk sebelah Dato Z. Sambil baca dan bincang kesnya. Hakim telah khilaf bab teknikal dalam menulis penghakimannya. Maka masa bincang tu, Dato Z memaklumkan kepada pihak Responden (pendakwaraya) pada masa tersebut mengenainya memohon jika pejabat Peguam Negara boleh bersetuju bagi satu pertuduhan yang lebih rendah. Sekarang pendakwaraya tu pun dah jadi peguambela yang terkenal.
Semoga bermanfaat.
Nota: Gambar bekas pelajar Fakulti Undang-Undang UKM yang telah menjadi peguam-peguam litigasi hebat.



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►