Thursday, December 24, 2020

[759.20] PEMBAYARAN KOMPAUN BUKAN BUKTI KECUAIAN KEMALANGAN


Setiap berlaku kemalangan akan ada pihak kena kompaun daripada hasil siasatan tetapi pembayaran atau penerimaan kompaun bukan satu bukti bahawa wujudnya kecuaian di pihak pembayar atau Defendan.
Asas undang-undang, Plaintif perlu membuktikan kesnya dan Mahkamah tidak boleh pertimbangkan pembayaran kompaun sebagai pengakuan atau penerimaan kepada kecuaian kerana tiada pengakuan atau keterangan sedemikian. Mungkin sebagai bukti sokongan perlu tetapi bukan bukti konklusif untuk menyokong tuntutan Plaintif. [Rosli Yusoff & satu lagi lwn. Mohd Shafik Amirul Zakaria [2017]]
Walaupun ada keterangan pengakuan salah kepada berlakunya kemalangan, Plaintif masih terbeban untuk membuktikan kecuaian kejadian dan tuntutannya sudut liabiliti dan kuantum gantiruginya. Pembayaran kompaun atau pengakuan salah bukan satu bukti ekslusif kepada tuntutannya. [Mohd Nazreen Shah bin Tamat vs. Hoo Sok Ping [2020]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►