Thursday, December 24, 2020

[758.20] KLAUSA PENAFIAN DI TEMPAT LETAK KERETA


Isu mengenai kehilangan kereta di tempat parkir tidak banyak dibincangkan oleh mahkamah-mahkamah Malaysia. Walau bagaimanapun, isu mengenai hubungan di antara pengendali parkir dan pemilik kenderaan yang memakir sudah lama dibincangkan dan diputuskan oleh kes-kes terdahulu di luar negara. Berdasarkan kes klasik Ashby v. Tolhurst [1937] 2 K. B. 242, adalah diputuskan bahawa hubungan tersebut merupakan hubungan di antara licensor dan licensee. Maka pengendali parkir tidak bertanggungjawap untuk memastikan keselamatan kenderaan yang diparkir.
Sering kita lihat fasal pengecualian (exception clause) selalunya tertera di tiket parking seperti berikut:-
"The management is not responsible for any loss or damage howsoever caused to the vehicle, its accessories or contents. Vehicle is parked solely at customer's own risk."
Melalui klausa/fasal pengecualian ini pastinya pihak pengurusan akan terlepas daripada sebarang liabiliti terhadap mana-mana kerosakan, kehilangan atau kerugian kereta yang diparkir di kawasan tersebut.
Baru-baru ini, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bersejarah apabila memperakukan/mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pengurusan tempat letak kereta boleh disaman atas kecuaian. Panel tiga hakim sebulat suara bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi di dalam kes Euro Rent A Car Sdn Bhd lwn. Sunway Parking Services Sdn Bhd [2017] MLRSU 24 (tuntutan dimulakan di peringkat Mahkamah Sesyen, rayuan ke Mahkamah Tinggi dan rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan) yang mengarahkan Sunway Parking Services Sdn Bhd membayar pampasan RM117,000.00 kepada pemilik kereta Euro Rent A Car Sdn Bhd yang meletakkan kereta/parking di tempat letak kereta syarikat itu. (Rujuk kes Amerika Syarikat, William Hale v. Massachusetts Parking Authority 358 Mass 470 (1970)
Mahkamah telah bersetuju bahawa defendan tidak boleh mengelak kebertanggungjawaban dengan menggunakan fasal pengecualian tersebut. Mahkamah memperakui bahawa hubungan plaintif dan defendan di dalam kes tersebut adalah hubungan bailor dan bailee di mana terdapat kewajipan berjaga-jaga (duty of care) yang ditanggung oleh defendan kepada plaintif sebagai pengurus tempat letak kereta dan kewajipan berjaga-jaga tersebut mencakupi aspek keselamatan kereta plaintif tersebut. (Rujuk kes Walton Stores Ltd v. Sydney City Council [1968]
Klausa tersebut tidak terpakai kerana ia tidak dibawa dengan khususnya kepada perhatian penyewa tersebut ataupun mana-mana pengguna tempat letak kereta. Undang-undang adalah jelas bahawa mana-mana Klausa Pengecualian Liabiliti hendaklah dibawa kepada perhatian seorang pengguna sebelum ia efektif sebagai suatu terma kontrak sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Interfoto Picture Library Ltd v. Stiletto Visual Programmes Ltd [1989] .
Klausa Pengecualian Liabiliti tersebut terpakai, undang-undang masih menuntut untuk Defendan membuktikan bahawa ia tidak cuai dan gantirugi yang dituntut bukan disebabkan oleh kecuaian Defendan. Prinsip ini diterangkan di dalam kes Chin Hooi Nan v. Comprehensive Auto Restoration Service Sdn Bhd [1994]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►