Friday, January 8, 2021

[760.20] JUDI DAN POLISI


Judi adalah salah bila tidak berlesen. Itu asas konsep perniagaan judi di Malaysia bagi memudahkan kawalan perniagaan sukan terbabit termasuk isu hasil cukai.
Kalau ada pusat judi berlesen, maka pihak bertanggungjawab adalah kerajaan pusat selaku pemegang tanggungjawab lesen dan kerajaan negeri selaku pemegang polisi tempatan melalui enakmen hiburan/sukan/PBT.
Tanpa kebenaran melalui 2 pihak ini, lesen tidak boleh diberikan untuk menubuhkan, meniaga atau beroperasi. Jadi jangan salahkan penghulu. 😁
Judi nombor yang diluluskan di Malaysia rata-rata dilibatkan pembeli kebanyakannya dikalangan masyarakat miskin atau sederhana. Bukan mereka yang kaya. Harap anda faham konsep judi nombor.
Judi juga antara jalan hasil kepada kerajaan melalui hasil cukainya. Jika berlaku krisis kewangan, lesen pengeluaran cabutan judi boleh ditingkatkan dan hasil cukai akan bertambah.
Pernah baca bahawa semasa Malaysia diserang virus nipah, kebenaran/lesen judi ditingkatkan bagi hasil lebih tinggi. Katanya pada 2017 kutipan cukai sahaja RM238j. Berapa pembelian judi di Malaysia masa itu?
Taubatlah pembeli sekalian.😅
Katanya tahun depan, cabutan judi juga dibenarkan ditingkatkan.
Jangan judikan nasib anda. Jauhi judi.
Judi adalah haram di sisi Islam
Gambar sekadar hiasan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►