Thursday, May 14, 2020

[608.20] PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MERAYU DI BAWAH SEKSYEN 68(1)(a) AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964.


Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa sesuatu kes yang melibatkan tuntutan kurang daripada jumlah RM250,000.00 adalah tidak dibenarkan untuk merayu di Mahkamah Rayuan, kecuali dengan kebenaran mahkamah.
Oleh itu, sekiranya pihak yang terkilan bagi tuntutan tidak melebihi RM250,000.00, pihak tersebut perlu untuk membuat permohonan #kebenaran untuk #merayu terlebih dahulu. Sekiranya dibenarkan, maka pihak tersebut boleh untuk meneruskan rayuannya di #Mahkamah Rayuan.
Kegagalan untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu akan menyebabkan rayuan tersebut akan ditolak oleh mahkamah. Hal ini telah jelas diputuskan di dalam kes Datuk Aziz Ishak & Anor v. YB Haji Khalid Abdul Samad [2013] MLRAU 295.
Penilaian sama sama ada jumlah tersebut melebihi RM250,000.00 atau tidak, ianya adalah berdasarkan kepada jumlah tuntutan yang terlibat di dalam tindakan tersebut semata-mata dan tidak termasuk kadar #faedah. Selain itu, adalah penting untuk difahami bahawa jumlah tersebut juga tidak terhad kepada jumlah #penghakiman yang telah diberikan oleh mahkamah terdahulu.
Justeru itu, adalah penting untuk pihak yang terkilan mengenalpasti jumlah tuntutan di dalam sesuatu tindakan terlebih dahulu sebelum merayu di mahkamah yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana sekiranya pihak yang terkilan gagal untuk mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu, pihak yang terkilan tersebut berkemungkinan akan kehilangan peluang untuk merayu. Selain itu, ianya akan menjadi suatu tindakan yang menyusahkan pihak-pihak dan membuang masa mahkamah.
Nota: Gambar Supreme Court, Singapore
Keyron Nisa
Mei 2020

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►